Feb 13, 2009

Hari Yang Tiada Berhaluan





Meniti hari yang tiada berhaluan tidak bermakna untuk tiada apa hendak dilakukan. Jadi tatkala di tengahari merembang aku mengambil keputusan untuk beriadah seketika memandangkan aku benar-benar tiada apa yang hendak dilakukan.

Feb 10, 2009

Dear Valued Investor...

"We are facing difficult times as the impact of the financial crisis which has severely affected the world throughout 2008 looks set to continue."

Ini merupakan pembuka kata surat yang aku terima dari sebuah syarikat amanah saham yang beribu pejabat di ibu negara yang meminta para pelaburnya agar bersabar dengan "global impact of the financial turmoil" yang dihadapi sekarang. Memang tak dapat dinafikan sepanjang awal penggal tahun 2009 ini dijangka ekonomi dunia suram dan ini dapat dilihat berikutan pemberhentian kerja terutamanya di industri perkilangan dan lain-lain.

Apa yang ingin disampaikan di sini adalah aku ni bukanlah avdance sangat dalam ekonomi ni tapi menurut pandangan aku (kita rujuk semula kepada topik di atas), ini merupakan masa yang sesuai bagi kaki melabur ni untuk membeli share dengan harga yang lebih murah. Kalau nak tahu camna aku rasa Google boleh tunjukkan.

Feb 8, 2009

Kebakaran di Sekitar Queensbay Mall, Pulau Pinang

SABTU 7 Feb, 08, Semasa aku berada di Krystal Idaman, Bayan Baru P. Pinang iaitu merupakan tempat kediamanku, pabila aku ingin menyelak tingkap dibilikku yang betul-betul mengadap dengan Queensbay Mall, tercetusnya kepulan asap yang amat tebal yang seakan-akan suatu kebakaran yang maha besar sedang berlaku. Kejadian ini berlaku sekitar 2.30 petang yang juga merupakan waktu baru sahaja aku bangun dari tidur. Biasalah malam sebelumnya aku ada meeting di sekitar Georgetown. Malangnya, kepulan asap yang disangka kebakaran itu menjadi tanda tanya samada api yang sedang rancak menjilat bangunan atau kawasan tersebut sedang dijalankan aktiviti penyemburan pencegahan denggi (fogging). Aku pun tak tahu. Asap yang tidak tahu dari mana punca asalnya itu berlaku sekitar perumahan di belakang kawasan rumahku yang betul-betul berhadapan dengan Queensbay Mall.

Feb 5, 2009

John Lennon dan Led Zeppelin

Semalam baru sahaja aku berjaya download album discography John Lennon dan Led Zeppelin. Fuhh, menarik juga lagu-lagu pemuzik hebat ni, yang pentingnya aku gemarkan "English Accent" mereka. Memang tip-top lah! Antara lagu yang boleh aku cadangkan dan hebat adalah seperti :
  • Mind Games-JL
  • Whatching The Wheels-JL
  • Just Because-JL
  • Power to The People-JL
  • Instant Karma-JL
  • Whatever Gets You Through The Night-JL
  • What You Got-JL
  • God-JL
  • Jealous Guy-JL
  • Dazed And Confused-LZ
  • Communication Breakdown-LZ
  • Immigrant Song-LZ
  • Whole Lotta Love-LZ
  • Stairway to Heaven-LZ
  • Trampled Under Foot-LZ
Sebenarnya ada banyak lagi lagu yang lebih menarik dan hebat, ini cuma pilihan dan cadangan aku sahaja.

Terima Kasih Semua

Ini merupakan hari pertama aku memulakan post di blog ni. Terlebih dahulu aku ingin ucapkan terima kasih kepada sahabat taulan dan kaum keluarga yang banyak membantu aku (biasalah aku sekarang ni tengah unemployed, argghhh tension gila boleh dikatakan tiap-tiap hari aku main games saja) Semak juga la jadinya, habis nak buat camna lagi!!!