Feb 23, 2009

I Believe

Selama enam tahun, Max Cavalera bekas anggota band Sepultura dan band projeknya Soulfly bersaing sama sendiri untuk meraih sokongan peminat. Selepas keluar dari band lamanya Sepultura, Max mengorak langkah sendiri menghasilkan karya-karya muzik etnik, sukuan metal bermula dengan album klasik Roots pada tahun 1996, Soulfly memasuki arena world music.

Semuanya hasil karya Max yang memungkinkan Soulfly mampu berdiri sebagai sebuah band metal terbaik antarabangsa dan dengan muzik unik sukuan mereka berjaya mencuri perhatian ramai peminat di dunia. Walaupun diasak dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti perpecahan dalaman, Max masih mampu menghasilkan beberapa buah album terbaik untuk peminat muzik dunia, terutamanya peminat mereka.

Lagu "I Believe" yang dipetik dari album Prophecy merupakan pengakuan peribadi Max tentang keimanannya, lirik dan lagu ini benar-benar menyimpang jauh dari lagu-lagu biasa ciptaanya-cukup melodic dan punyai maksud yang mendalam. Namun yang ganjilnya, lagu "I Believe" yang merupakan lagu adunan reggae dan muzik sukuan Brazil boleh menghasilkan sejenis muzik yang lebih menarik dan unik, walaupun masih belum menemui titik kesesuaian.


No comments:

Post a Comment