Feb 23, 2009

The Ramones


"Tinggi dan ranggi serta agak misteri kerana sentiasa melindungi wajahnya disebalik cermin mata hitam dan rambut panjang, Joey Ramone dianggap sebagai "punk icon" yang telah mendefinisikan imej terawal punk"

"They're the daddy punk rock group of all time." Joey Strummer, The Clash
Kemunculan album "Ramones" pada April 1976 yang dibawakan oleh Johny Ramone, Tommy Ramone, Joey Ramone dan Dee Dee Ramone telah mengegarkan dunia muzik. Band yang ditubuhkan di Forest Hills, Queens, New York ini telah menerima kecaman hebat dari pihak media dan kerjaaan bukan sahaja kerana imej mereka yang kelihatan sebagai penyagak (mereka berambut panjang menutup mata serta memakai jaket kulit hampir serupa dan jeans koyak-rabak), tetapi juga kerana muzik bingit dan lirik-lirik negatif yang menyentuh isu Nazi dan sebagainya. Namun disebalik kecaman, album tersebut telah dianggap sebagai "blue-print" muzik punk dan mengiktiraf The Ramones sebagai kumpulan punk (a real one) yang pertama berjaya menyebarkan pengaruhnya untuk lebih dua dekad, terutamanya kepada band-band hardcore. Lebih menarik, lagu "Blitzkreig Bop" yang terdapat dalam album itu menjadi antara lagu-lagu terbaik punk sepanjang zaman.

Meskipun telah wujud band-band sebelum The Ramones seperti The New York Dolls, Television dan Richard Hell & The Voivoids yang membawakan konsep muzik bingit mirip Velvet Underground dan Iggy Pop & The Stooges, yang juga diselitkan elemen muzik glam dan pub rock. The Ramones dikatakan band punk pertama yang telah diberi gambaran sebenar tentang punk. Band ini berjaya mencipta revolusi attitude dan budaya baru melalui muzik mereka yang mengandungi elemen muzik rock 'n' roll pra-Beatles dan pop yang telah dipermudahkan : muzik tiga kord dengan tempo yang lebih laju, catchy, fun dan dilengkapkan pula dengan lirik-lirik yang agak bodoh, humor dan keanak-anakkan yang terhasil daripada pengalaman hidup mereka sendiri. Pendek kata anda tidak akan mendengar sebarang lagu yang ada maksud mendalam atau bermesejkan politik dalam lagu-lagu The Ramones kerana menurut kata Johny, "Golongan punk tidak sepatutnya bersikap politikal seperti hippies,"

Album debut mereka "Ramones" yang diterbitkan pada tahun 1976 dikatakan menjadi sumber inspirasi kepada kebanyakkan band-bank punk di London seperti yang didakwa oleh Marky Ramone (beliau menyertai Ramones selepas Tommy meninggalkan band pada tahun 1977). "Mereka cuba mempertikaikan, tetapi itulah hakikatnya. Saya percaya Johnny Rotten dan Sid Vicious pernah memberitahu penerbit-penerbit mereka. Kami mahukan album kami seperti album pertama The Ramones,".

Artikel ini dipetik dari sebuah majalah hiburan tempatan




No comments:

Post a Comment