Feb 8, 2009
Kebakaran di Sekitar Queensbay Mall, Pulau Pinang
SABTU 7 Feb, 08, Semasa aku berada di Krystal Idaman, Bayan Baru P. Pinang iaitu merupakan tempat kediamanku, pabila aku ingin menyelak tingkap dibilikku yang betul-betul mengadap dengan Queensbay Mall, tercetusnya kepulan asap yang amat tebal yang seakan-akan suatu kebakaran yang maha besar sedang berlaku. Kejadian ini berlaku sekitar 2.30 petang yang juga merupakan waktu baru sahaja aku bangun dari tidur. Biasalah malam sebelumnya aku ada meeting di sekitar Georgetown. Malangnya, kepulan asap yang disangka kebakaran itu menjadi tanda tanya samada api yang sedang rancak menjilat bangunan atau kawasan tersebut sedang dijalankan aktiviti penyemburan pencegahan denggi (fogging). Aku pun tak tahu. Asap yang tidak tahu dari mana punca asalnya itu berlaku sekitar perumahan di belakang kawasan rumahku yang betul-betul berhadapan dengan Queensbay Mall.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment